Isnin, November 26, 2007

Aku dah bosan

salam semua....

aduhhhhai dah bertahun bengang betul ngan chiss engineer aku tu. hati dia tak macam manusia normal sebab kalo boleh kenakan orang syok abihh dia.. hampeh betoi.Dah berbulan aku pikirkan
nak tukau je propesen aku dari bidang engineering ke bidang pertanian..... bosan gak rasanya sebab dah berbelas taun aku keje dalam bidang engineering ni.....lagipon kureng la dosa aku sekit
dok kutuk pasal bos aku tu.Hari aku hilang sabar tapi lom la sampai aku sidekick dia namun terkeluar la gak perkataan yang kureng enak didengar telinga yang suci dan murni ni... he.. he

Ada ka patut kesalahan dia tanak ngaku abihtu asyik salahkan owang lain..... tak pepasal kawan aku si osman yang berhati mulia tu free aja dapat surat tunjuk sebab.... isk... isk mendidih betoi
hatiku yang sememangnya selalu aja panas semenjak dua tiga empat menjak ni adoiiiiii merana gak hatiku walaupon kali ni kawan aku plak yang teraniaya. sesungguhnya aku dah bosan dengan apa yang terjadi.lagipon bapak aku dah kureng sehat sekarang sejak kena appendik dan buat operation aritu.keje berat dah tak boleh lagi.... jadi aku rasa nak berenti aja keje sekarang dan jadi paktani sepenuh masa ......tapi almaklumla keje sendirik tak menentu la plak pendapatannya namun aku dah berjanji ngan bapak aku bahawasanya aku nak jadikan pertanian ni bukan sekadar nak tanam padi aja tapi tanah yang lapang dan banyak ditumbuhi
tumbuhan yang tak menguntungkan tu aku nak wat tanam pisang pastu nak bela ayam kampung dan kambing..... korang ingat aku bole berjaya ke tak........

emmmmm naik muak dah aku nak pikiaq la ni kalo hampa para pengunjung blog ni ada pendapat pasai keputusan aku ni bagi la komen sekit.lagi pon aku ingat lepas dapat bonus ni aku nak letak jawatan....Ada ka owang yang mau kat pak tani cam aku nanti isk..... apa nak risau.....
ngantuk dah ni lagipon aku nak upload lagu sekit..........
salam semua
byeeeeeeeeeeee

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku sokong hang jangan risau frend rezeki ada dimana .dibumi allah ini tiada had rezekinya yang penting hanya usaha dan tawakkal